Tuesday, 1 March 2011




PERANAN DAN FUNGSI MASJID KAMPONG CHANGKAT, PENANG



 DISEDIAKAN OLEH:
NAMA:MOHAMMAD AZREN BIN MAT SAAD
KUMPULAN:ASD2Cn
NO.MATRIK:2010665244
PENSYARAH: USTAZ ABD AZIZ HARJIN




ISI KANDUNGAN
*Tajuk
*Isi Kandungan
*Abstrak
*Pengertian
*Pendahuluan
*Konsep
*Huraian
*Penutup
*Komen Dan Cadangan


ABSTRAK
PENGERTIAN
Istilah “Masjid” berasal daripada perkataan arab “masjid” atau “masjad tempat sujud. Berasaskan
pengertian bahasa inilah perkataan tersebut digunakan “. Dari segi bahasa ia bererti sebagai nama bagi tempat kita melakukan solat. Kerana antara gerakan utama yang terdapat dalam solat itu ialah sujud.
Sujud bererti patuh dalam kategori nya yang tinggi sampai kepada tahap pengabdian. Kerana itulah “solat” disebut sebagai ibadat, iaitu suatu cara yang tertentu bagi melambangkan kepatuhan dan pengabdian seseorang muslim kepada Allah. Maka nya masjid itu memberi erti tempat umat Islam melakukan aktiviti bagi melambangkan kepatuhan dan pengabdiannya kepada Allah. Dalam pengertian lain, masjid adalah lambing kepada kepatuhan dan pengabdian umat Islam kepada Allah s.w.
Satu nama lain bagi masjid ialah “Baitullah”. Dari segi bahasa ia bererti rumah Allah. Bagaimana pun penggunaan istilah ini tidak secara hakiki. Kerana Allah tidak memerlukan, malah tidak boleh dikaitkan dengan rumah. Dalam Islam, ungkapan “Allah” dalam konteks seperti ini biasa dimaksudkan dengan “Masyarakat”. Jadi nya yang dimaksudkan dengan “Rumah Allah” atau “Baitullah” itu ialah “Rumah masyarakat”, atau dalam istilah yang lebih semasa “Pusat komuniti”.
Justeru itulah usaha yang mula-mula sekali dibuat oleh Rasulullah s.a.w. semasa baginda berhijrah ke Madinah al-Munawwarah, ialah mendirikan masjid Quba', iaitu sebuah masjid yang disifatkan oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai masjid yang didirikan atas dasar takwa.
Firman Allah,
Ertinya, sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa semenjak mula-mula dibina adalah lebih patut engkau mendirikan sembahyang di dalamnya. Di dalam masjid itu terdapat beberapa orang lelaki yang suka supaya dirinya bersih, sedang Allah kasih  kepada orang yang bersih.
Firmannya lagi,
Ertinya, manakah yang lebih baik, orang yang mendasarkan pembinaan masjidnya atas takwa kepada Allah dan  keredhaannya, atau orang yang mendasarkan pembinaan masjidnya di atas tepi jurang yang runtuh sehingga ia jatuh bersama-samanya dalam neraka jahanam ? sedang Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang aniaya.




PENDAHULUAN
Masjid di kampong saya yang bernama Masjid Kampung changkat telah di bina 100 tahun  terdahulu ,sebelum kelahiran saya lagi.Saya tidak pasti tarikh yang tepat bila masjid ini dibina.Masjid ini dapat memuatkan seramai 1000 lebih orang pada satu-satu masa.Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah terbahagi kepada kemudahan dalaman masjid,luaran masjid dan keseluruhan kawasan masjid itu.Kemudahananya seperti tempat letak kereta,tandas yang bersih,tempat ambil wuduk yang mengcukupi,tempat rujukan pengunjung luar dari kampong saya dan sebagainya lagi.Masjid kampong saya juga sangat selesa untuk melakukan ibadat mahupun apa-apa aktiviti kerana ruangnya samada didalam mahupun diluar masjid sangat luas.Masjid saya terletak  di sebelahan balai polis di kampong saya.Dari segi organisasi masjid imam di masjid saya ialah Haji Razak Bin Ramli dan timbalan imam Haji Ahmad Dasuki. Bilal yang ditugaskan ialah  Mat Daut Bin Badrul .tugas toksiak ialah syurkur bin husen dan zainon bin musa.dan akhir sekali ialah ajak masjik  yang terdiri daripada 4 orang iaitu kumat bin kusuf,utaz bakri,utaz rahim haji arsyad bin kasa .setelah di baik pulih beberapa  kali oleh penduduk kampong maka  dirilah masjid jamek changkat
           Carta organisasi masjid
 IMAM
HAJI RAZAK BIN RAMLI

TIMBALAN IMAM
HAJI AHMAD DASUKI

BILAL
MAD DAUT BIN BADRUL


 TOKSIAK                                     AHLI JAWATAN KUASA                                                                                    
 SYUKUR BIN HUSIN                 HAJI ARSYAD BINKASA   
 ZAINON BIN MUSA                   USUP BIN KASA
                                                        KUMAT BIN KUSUF
ZAINON BIN MUSA




gambar carta organisasi masjid


MASJID JAMEK CHANGKAT ,PULAU PINANG

ANTARA KEMUDAHAN-KEMUDAHAN

1.Tempat mengambil wuduk and mandi
 
Banyak tempat mengambil wuduk disediakan untuk memudahkan para jemaah untuk mengambil wuduk.Selain itu tempat untuk mandi dan membersihkan diri bagi musafir yang singgah untuk solat.

.
2.Parking

 
Parking yang diperuntuksn di masjid ini agak luas,tetapi tidak mencukupi di musim perayaan

 
3.Sudut bacaan(al-quran,ilmiah dan banyak lagi)

 
Sudut ini terletak didalam masji iaitu di penjuru masjid.Sudut bacaan ini mempunyai pelbagai bahan bacaan berkaitan dunia dan akhirat.Sudut ini diwujudkan untuk memudahkan anak kariah mencari bahan bacaan disamping memupuk semangat membaca

 
4.Stor menyimpan barang

 
Stor ini menyimpan pelbagai peralatan masjid dengan selamat.Antara peralatan yang terdapat ialah perlatan kenduri,dan banyak lagi.Tujuan stor ini dibina adalah untuk mengelak daripada masala kecurian yang semakin menjadi-jadi di sini.

 
5.Peralatan mengurus jenazah

 
Antra peralatan yang terdapat ialah tempat mandi mayat,tempat menghasilkan keranda,perkhidmatan penghantaran ke kubur.Selain itu,perkhidmatan menguruskan mayat juga ada.




Keadaan luar masjid

keadaan dlm masjid

 
JEMAAH MELAKUKAN  IBADAH

 
 Tempat wuduk





 tempat letak kenderaan
                                                               
Tandas  masjid



AKTIVITI YANG DIJALAN KAN DAN PERANAN MASJID DIKAMPONG SAYA
Sebagai Tempat Ibadat Umat Islam
Masjid Sebagaimana yang kita sedia maklum adalah sebagai tempat ibadah umat islam.Umat islam hanya menyembah Tuhan Yang Esa yakni Allah S.W.T yang hanya satu-satunya Tuhan yang wajib di sembah.Jika tidak menyembahNYA,kita tergolong daripada orang-orang yang di laknat oleh Allah S.W.T.Dan tempatnya adalah dineraka jahanam.Begitu juga di kampung saya,masjid dijadikan tempat menunaikan solat lima waktu sehari semalam.Selain itu,solat-solat sunat turut dilakukan untuk menampung cacat cela dalam menunaikan solat yang wajib itu.Kebiasaannya disemua masjid sekarang,pengunjung-pengujungnya adalah orang-orang tua dan orang yang sudah bersara dari pekerjaannya.Begitu juga dengan masjid di kampung saya,masjid hanya dipenuhi orang-orang seumpama itu.
Anak-anak muda sekarang sangat jarang kelihatan di masjid untuk menunaikan solat walaupun satu waktu dalam sehari.Padahal pada zaman Rasulullah S.A.W orang yang selalu menyokong Rasulullah S.A.W adalah golongan orang-orang muda.




Sebagai Tempat Majlis Ilmu Diadakan

Sememangnya ilmu amat penting untuk seluruh umat islam lebih-lebih lagi ilmu akhirat untuk menjadikan manusia Berjaya di dunia dan akhirat.Antara salah satu cara untuk menyampaikan ilmu adalah meyampaikannya di masjid.Orang yang selalu member atau menyampaikan ilmu adlah orang-orang yang mempunyai ilmu yang mencukupi dan mendapat pengiktirafan sebagai orang yang layak menyebarkan ilmu.Selalunya orang yang menyampaikan ilmu di masjid adalah orang yang hatinya selalu dekat dengan masjid.Contohnya ustaz-ustaz,imam-imam dan sebagainya.Di kampung saya terdapat beberapa orang yang menyampaikan ilmu agama di masjid.Antaranya Ustaz bakri,Ustaz razak dan Ustaz rais.Pada setiap hari,selepas solat magrib ceramah diadakan.Antara perkara yang di bincangkan adalah berkaitan kehidupan kita seharian dan bekalan kita untuk menuju alam akhirat.selain itu terdapat juga kelas mengaji al-quran bagi anak anak pada setiap pagi hari ahad yang dikendalikan oleh ustaz bakri .kelas ini diada kan atas usah dan kerja sama kariah  masjid dan tiada bayaran di kenakan.dengan ada nya kelas ini ilmu al-quran akan tidak dilupakan oleh generasi  sekarang.
Sebagai Tempat Berbincang Untuk melakukan aktiviti

Di kampung saya terdapat Ahli  Jawatankuasa Bertindak yang ahlinya terdiri haji arsyad bin kasa ,usup bin sarip kumat bin kusuf ,ustaz bakri dan ustaz rahim ketua untuk  merancang sebarang aktiviti .Ianya terbaahagi kepada beberapa bahagian iaitu keselamatan, kerohanian,luar kampung,kewangan dan penyatuan.Setiap bahagian mempunyai seorang ketua untuk memastikan setiap perkara yang dilakukan berjalan lancar.Apabbila sesuatu aktiviti ingin dijalankan , ketua kampung selaku pengerusi akan mengumumkannya kepada ahli jawatankuasa masjid untuk dihebahkan kepada ahli-ahli yang terlibat menguruskan aktiviti tersebut.Seterusnya,semua yang terlibat mengendalikan akan berkumpul didalam masjid.Selalunya selepas waktu isyak.Ssegala-gala masalah,cadangan,atau bantahan perlu kemukakan dan diutarakan untuk memastikan tiada sebarang masalah apabila aktiviti tersebut dijalankan.Ketua akan menentukan keputusannya dengan mengambil kira semua isi- isi yang diutarakan oleh ahli mesyuarat itu.Apabila semua perkara untuk menjalankan aktiviti tersebut sudah ada dan lengkap,ahli jawatankuasa akan memaklumkan kepada semua penduduk kampung serta mengedarkan risalah tentang aktiviti tersebut.Contoh aktiviti yang dijalankan ialah sambutan Hari Kemerdekaan dan sambutan Maulidur Rasul.
Antra aktiviti yang dijalankan ialah
          
Kelas kelas agama

Aktiviti sebegini sering dijalan kan untuk meningkat kan kemahiran anak anak muda dan mengingatkan mereka tentang kepentingan agama dalam hidup mereka
 

 

Berikut adalah kegiatan masjid yang telah dijalankan di kariah saya:

 
1.Program kuliah mingguan

 
Kuliah ini diadakan untuk mengajak anak kariah untuk meluangkan masa untuk memakmurkan rumah allah(masjid).Kuliah di masjid ini diadakan seminggu dua kali iaitu isnin dan khamis dengan menjemput dua orang ustad yang berbeza.Program seperti ini dapat membantu anak kariah mendalami ilmu al-quran dan ilmu hadis disamping mendidik hati mereka untuk selalu datang ke masjid

.
2.Program tadarus al-quran

 
Selain daripada program kuliah,tadarus juga diadakan untuk mengajak anak kariah ke masjid.Program didakan seminggu sekali pada hari khamis dengan dipimpin oleh imam masjid ini sendiri.tadarus al-quran ini dapat mendidik anak kariah bahawa membaca al-quran bukan sahaja tekun dibaca di bulan puasa kerana bnyak pahala tetapi perlu dibaca sentiasa(setiap masa).Selain itu,dengan adanya program seperti ini dapat mengajar anak kariah mengenai tadjwib dan sebagainya mengenai al-quran,disamping membaca kita juga dapat menghayati maksudnya

.
3.Kelab bermotor(anak –anak muda msajid)

 
Kelab ini baru sahaja ditubuhkan pada tahun ini(2010),kelab ini ditubuhkan untuk menarik minat remaja(anak kariah) untuk ke masjid disamping untuk mengurangkan masalah social seperti merempit,zina dan sebagainya.Kelab bermotor ini menjalankan aktiviti ke masjid ke masjid(gotong royong).Selain itu,kelab bermotor extream juga baru ditubuhkan.

.
4.Pendidikan fardhu ain dan fardhu kifayah terhadap anak kariah

 
aktiviti ini diajar sendiri oleh imam satu masjid ini.Antara objektif atau kandungan yang diajar ialah,solat,puasa,mengurus jenazah dan sebagainya.Hal sedemkian dititik beratkan oleh imam kerana tidak mahu ilmu tentang semua itu hilang apabila golongan tua sudah tiada

.
5.Derma masjid (anak-anak yatim dan golongan miskin)

 
Derma seperti ini banyak dijalankan di masjid ini untuk membantu anak kariah yang memerlukan






Sebagai Tempat Memantapkan Diri

semua orang memiliki kekurangan dan kelebihan yang tersendiri.ada ketika kita sering melakukan  perkara-perkara yang yang di suruh oleh Allah.Dan ada ketika kita tidak suka untuk melakukannya.Oleh itu,kita sebagai manusai yang dijadikan memiliki begitu banyak kelemahan,kita mesti mendekatkan diri kita kepada Pencipta agar hubungan kita denganNYA semakin dekat.Masjid merupakan salah satu tempat untuk kita memantapkan diri agar kita sedar betapa beruntungnya kita dihidupkan sebagai seorang muslim.selain itu masjid juga merupakan tempat mengandu masalah .dengan ini kurang lah sedikit masalah yng ditnggung itu .Apabila seseorang sentiasa hatinya dekat dengan masjid,kita boleh lihat semua aspek yang ada padanya adalah yang di gariskan oleh islam.Selain itu,masjid akan mendorong kita untuk sentiasa mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar  kerana di masjid  lah tempat untuk melakukan kebaikan dan menegah pekara yang tidak baik .Pemantapan diri yang lain yang boleh di tingkatkan apabila kita sentiasa mengunjungi masjid ialah kita akan merasa hidup kita dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan dariNYA.Seperti dikampung saya,berbagai-bagai usaha yang di jalankan oleh ahli jawatankuasa masjid bagi mewujudkan suasana yang aman damai di kampong .Antaranya ialah kuliah-kuliah seperti kuliah subuh dan kuliah magrib,tadarrus al-quran dan sebagainyadengan ada nya kuliah  kuliah ini maka masya rakat  akan lebih tahu  akan kehidupan yang mendorong kearah kedaikkan dan memdawa mafaat kepadanya.Aktiviti-aktiviti seperti ini lebih menfokuskan kepada anak-anak muda yang bakal mewarisi ketuanan di kampong ini, dengan ini anak anak muda di kampong saya akan lebih bermoral dan berhemah tinggi dengan itu kurang lah  masalah social yang boleh mencemar kan nama baik kampong saya.Tambah pula,kekuatan anak-anak muda begitu kuat berbanding orang-orang tua.Rasulullah S.A.W.juga memang memerlukan orang-orang muda untuk membantu baginda menjalankan dakwah dan menghadapi serangan musuh.Oleh yang demikian,sememangnya masjid sangat-sangat membantu kita untuk meningkatkan martabat kita sebagai hambanya dan seterusnya memantapkan diri kita kearah yang lebih baik.




Sebagai Tempat Menyelesaikan Masalah Di Kampung Saya.

Sekiranya  mempunyai masalah-masalah yang berkaitan dengan penduduk kampong,infrasruktur kawasan kampong dan kemudahan-kemudahan dikampung itu,salah satu tempat perbincangan untuk menyelesai kan masalah-masalah yang di hadapi oleh pendduk kampong  adalah di masjid.Perbincagan selalunya akan dipengerusikan oleh penghulu kampong atau imam.Perbincangan ini dilakukan setiap hari jumaat selepas solat jumaat untuk menggelakan ahli-ahli masjid tidak hadir.Pertama sekali dalam perbincagan iitu,penghulu kampong akan menyatakan masalah –masalah yang berlaku dikampung saya.Antaranya ialah masalah kecurian dan pecah rumah yang sering berlaku.Boleh dikatakan hampir setiap bulan ianya berlaku.Selain itu,masalah jalan kampong saya yang selalu rosak,kawasan perkuburan yang tidak dibersihkan dan sebagainya.Penghulu akan member peluang kepada semua yang berada dalam perbincangan itu untuk mengemukakan cara untuk mengatasi dan mencegah masalah seperti ini dari terus berlaku.Antara cara-cara yang dibincangkan ialah melakukan rondaan setiap malam untuk mencegah pecah rumah dan pencurian.Rondaan ini juga perlu melibatkan sekurang-kurangnya seorang anggota polis.Selain itu,untuk mengatasi masalah kawasan perkuburan yang tidak dibersihkan ialah dengan melakukan gotong-royong seminggu sekali oleh penduduk kampong.
 

ANTARA MASALAH YANG DIHADAPI DI MASJID INI

 
Masalah kecuruian
Masalah kecurian ini kerab berlaku di masjid ini.Antara barang yang dicuri ialah duit didalam tabung,besi,dan sebagainya.Hal ini dilakukan oleh segelintir remaja yang tidak menpunyai kerja dan tidak berpendidikan agama.
Masalah kebersihan
Kekurangan aktiviti gotong royong menyebabkan kawasan luaran masjid kurang bersih.Di kawasan masjid ini dipenuhi pokok dan tumbuhan,hal ini menyebabkan daun-daun kering gugur ke kawasan masjid dan menyebabkan masalah kebersiahan.
Masalah kekurangan jemaah
Maslah ini sering berlaku dimana sahaja,juga di masjid saya.Hanya yang ada di masji adalah golongan pencen(orang tua),remaja kurang berminat untuk ke masjid



ANTARA LANGKAH MENGATASI

 
Tingkatkan kegiatan pengajian
Oleh sebab masalah sering berlaku,pihak masjid telah banyak melaksanakan kegiatan pengajian untuk merik minat remaja dan juga para ibu bapa.hal ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan maslah kecurian disamping melahirkan masyarakat yang beragama.
Kebersihan
Maslah kebersihan dapoat diataai apabila melantik seorang lagi tukang kebun.disamping itu aktiviti gotong royong banyak dijalankan.Hal ini dapat mengatasi maslah kebersihan.


 PENUTUP
Saya sebagai penduduk di kampong ini yang juga selalu menggunakan masjid untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T berharap agar masjid di kampong saya dapat meningkatkan peranan yang sebenar yang dilakukan oleh Nabi kita,Nabi Muhamad S.A.W  pada zaman kehidupan baginda..Saya juga bercadang agar pihak masjid dapat membuat perubahan yang boleh membantu remaja-remaja untuk menjadi seperti remaja zaman Rasulullah yang banyak membantu menyebarkan dan meningkatkan syiar Islam.
Keseluruhannya, kegiatan-kegiatan yang dijalanka di masji nmemberi banyak faedah kepada anak-anak kariah. Kegiatan-kegiatan yang dijalankan bukan sahaja memberi pendidikan yang bersifat duniawi malahan ukhruwi juga. Ia banyak mengajar anak kariah untuk menjadi insan yang berdisplin, bertanggungjawab, bermurah hati dan masyrakat islam.

Kita dapat lihat sekiranya anak kariah ini ikhlas dalam menghadirkan diri di dalam setiap kegiatan yang dijalankan dengan cara anak-anak kariah ini mempraktikkan ajaran yang diajarkan dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, ikhlas menghulurkan bantuan mahupun sumbangan tanda di minta terlebih dahulu.
Kita perlu jadikan masjid ini sebagaimana yang rasulullah lakukan pada zamn baginda.Daripada itu kitya dapat melahirkan masyarakat islam yang kuat.
Akhir kalam, setiap apa yang dijalankan mempunyai kepentingannya tersendiri. Kegiatan-kegiatan tersebut juga memberi manfaat dan impak yang baik untuk anak-anak kariah sama ada untuk duniawi mahupun akhirat kelak. Ia bukan sahaja menumpukan pada hal-hal yang berkaitan dengan akhirat malahan dunia juga agar kita tidak terpesong ke jalan yang tidak diredhai Allah.Jadi sama-samalah kita memenuhi masjid dan melakukan ibadah dengan ikhlas....

BIBLIOGRAFI

MASJID KAMPONG CHANGKAT
ABDAZIZHARJIN.BLOGSPOT.COM